Sunday, February 13, 2011

kisah kelahiran nabi Muhammad SAW

Sempena maulidur rasul 2011 ni, marilah kita berkongsi sedikit cerita tentang kelahiran nabi Muhammad SAW. Di kala umat islam dalam kegelapan dan kehilangan pegangan hidupnya, lahirlah ke dunia dari keluarga yang sederhana, di kota mekah, seorang bayi yang kelak membawa perubahan bagi sejarah perabadan dunia. Bayi yang dilahirkan tersebut yatim kerana bapanya yang bernama Abdullah meninggal 7 bulan sebelum kelahirannya. Kelahirannya di dunia disambut oleh datuknya Abdul Muththalib dengan penuh kasih sayang dan kemudian dibawanya bayi itu ke kaki kaabah. Di tempat suci inilah bayi diberi nama Muhammad satu nama yang belum pernah ada sebelumnya. Menurut para ahli, kelahiran Muhammad itu pada tanggal 12 rabiulawal tahun gajah atau tanggal 20 april tahun 571m.
Adapun sebab dinamakan tahun kelahiran nabi itu tahun gajah, kerana pada masa itu kota mekkah diserang oleh satu pasukan tentera orang nasrani yang kuat di bawah pimpinan Abrahah, gabenor dari kerajaan nasrani abessina yang memerintah di yaman. Abrahah menggunakan gajah sebagai kenderaan mereka. Tiada lain niat mereka untuk meruntuhkan kaabah. Tapi kekuasaan Allah memang tiada tolok bandingnya. Tentera bergajah tadi tumbang oleh burung ababil yang dikirim oleh Allah SWT. Maka tahun itu digelar oleh orang arab sebagai tahun gajah sempena peritiwa tersebut.
Nabi Muhammad SAW adalah keturunan dari qushai pahlawan suku quraisy yang berhasil menggulingkan kekuasaan khuza'ah atas kota mekkah. Ayahnya bernama Abdullah bin Abdul Muththalib bin Hasyim bin Abdumanaf bin Qushai bin Kilab bin Murrah dari golongan arab banu Ismail. Ibunya bernama Aminah binti Wahab bin Abdumanaf bin Zuhrah bin Kilab bin Murrah, di sinilah salasilah keturunan ayah dan ibu Nabi Muhammad SAW bertemu. Baik keluarga dari sebelah bapa atau sebelah ibu keduanya berasal dari golongan bangsawan dan terhormat dalam kalangan kabilah-kabilah arab.
Sudah menjadi kebiasaan orang-orang arab kota mekkah, terutama orang-orang dari golongan bangsawan, menyusukan dan meninggalkan bayi mereka wanita badiyah(dusun di padang pasir) agar bayi-bayi mereka dapat menghirup udara yang bersih, terhindar dari penyakit-penyakit kota dan supaya bayi-bayi itu dapat berbicara dalam bahasa yang murni dan fasih. Demikianlah halnya Nabi Muhammad SAW, beliau diserahkan kepada seorang wanita yang baik iaitu Halimah Sa'adiyah dari bani Sa'ad kabilah Hawazin.  Tempatnya tidak jauh dari kota mekkah. Di perkampungan Bani Sa'ad inilah nabi Muhammad SAW diasuh dan dibesarkan sampai berusia lima tahun. Alhamdulillah..... itulah serba sedikit tentang kelahiran Nabi Muhammad SAW. begitu mulianya baginda diangkat di muka bumi pinjaman Allah ini... walaupun baginda sudah lama wafat namun kita sebagai umatnya masih menyambut tarikh kelahirannya... ringankanlah mulut mu untuk berselawat ke atas rasul junjungan nabi Muhammad SAW. Nescaya baginda akan membalas selawat itu...

No comments:

Post a Comment

Total Pageviews