Sunday, January 16, 2011

Imam Mahdi memandu manusia hidup aman dan bersikap adil

Siapakah Imam Mahdi? Bagaimanakah kehadirannya boleh diketahui umum? Adakah Al-Quran ada menjelaskan? Soalan ini akan selalu bermain diminda kita sehinggalah sampai masa kemunculannya…
Allah SWT berfirman dalam surah al-azhab ayat 63(yang bermaksud): “Manusia bertanya kepadamu (wahai Muhammad) mengenai kedatangan as-saa;ah(hari kiamat) katakanlah sesungguhnya pengetahuan mengenainya hanya ada di sisi Allah. ‘Dan apa jalanya engkau dapat mengetahuinya? Boleh jadi masa datangnya (hari kiamat) tidak lama lagi.”
Begitulah antara ayat-ayat al-Quran yang membicarakan mengenai hari kiamat. Sesungguhnya ia adalah perkara yang ghaib yang hanya Allah SWT sahaja yang mengetahui. Dalam sebuah hadis, yang diriwayatkan oleh Abu Sa’id al-khudri r.a, bahawasanya rasulullah SAW bersabda (yang maksud): “pada akhir umatku, akan keluar al-Mahdi. Allah SWT menurunkan hujan kepadanya, bumi mengeluarkan tumbuh-tumbuhannya, harta akan dibahagikan sama rata, binatang ternakan melimpah dan umat menjadi mulia, dia akan hidup selama tujuh atau lapan (iaitu musim haji)”.
Begitu juga hadis daripada Abu Sa’id r.a yang berkata:”Rasulullah SAW bersabda (yang bermaksud): aku berikan khabar gembira kepada sekalian kamu dengan al-Mahdi, yang diutus pada saat manusia berselisih dan banyaknya kegoncangan. Dia akan memenuhi bumi dengan keadilan sebagaimana sudah dipenuhi dengan kezaliman dan kezaliman sebelumnya. Penduduk langit dan penduduk bumi meredainya, ia akan membahagikan harta dengan cara shihaah(merata di antara manusia)”.
Baginda SAW bersabda lagi: “Dan Allah SWT memenuhi hati umat Muhammad SAW dengan kekayaan (iaitu rasa puas), meliputi mereka dengan keadilanya, sehingga dia memerintah seorang penyeru, maka penyeru itu berkata, “Siapakah yang memerlukan harta? Lalu tidak seorang pun berdiri kecuali seorang. Dia (iaitu al-Mahdi) berkata,” Temuilah penjaga (gudang harta) dan katakan kepadanya,”Sesungguhnya al-Mahdi memerintahkanmu untuk memberikan harta kepadaku.’ Kemudian dia (penjaga gudang) berkata kepadanya, ‘ambillah sedikit!’  Sehingga ketika ia sudah menyimpan di pangkuanya dan menampakkan, ia menyesal dan berkata,”Aku adalah umat Muhammad yang paling rakus atau aku tidak mampu mencapai apa yang mereka capai?”
Baginda berkata (lagi): “lalu ia mengembalikannya dan harta itu tidak diterima. Maka para penjaga gudang harta berkata padanya: ‘sesungguhnya kami tidak menerima apa-apa yang telah kami berikan. Demikianlah yang akan terus terjadi selama tujuh tahun tau lapan tahun atau  sembilan tahun. Kemudian tidak ada lagi kehidupan yang baik setelah itu.” Atau baginda berkata :”Kemudian tidak ada lagi hidup yang baik selepasnya.”
Demikian beberapa hadis yang dikemukakan mengenai Imam Mahdi. Ia adalah antara kiamat besar. Hadis ini juga menunjukkan bahawa selepas kematian al-Mahdi, akan berlaku keburukan dan pelbagai fitnah yang besar.
Untuk mengetahui siapakah sebenarnya Imam Mahdi, ada beberapa hadis yang menyebut mengenainya. Antaranya, hadis riwayat Imam Ahmad daripada Ali r.a beliau berkata:”Rasulullah SAW bersabda(yang bermaksud): al-mahdi adalah daripada keturunan kami, Ahlul Bait. Allah akan memperbaikinya dalam satu malam”.
Imam Khatir berkata:” Maknanya adalah memberikan taubat, memberikan taufik kepadanya, menjadikan ilham dan membimbingnya padahal sebelumnya tidak demikian. Begitu juga dalam hadis yang lain iaitu daripada Abu Sa’id al-Khudri r.a beliau berkata:”Rasulullah SAW bersabda (yang bermaksud):”Al-Mahdi daripada keturunanku, dahinya lebar, hidungnya mancung. Dia memenuhi dunia dengan keadilan, sebagaimana  bumi sudah dipenuhi dengan kezaliman sebelumnya. Dia berkuasa selama tujuh tahun.
Manakala hadis daripada Jabir r.a, beliau berkata (yang bermaksud):”Isa bin Maryam turun, lalu pemimpin mereka berkata, “Solatlah mengimami kami!” Ia berkata:”Tidak, sesungguhnya sebahagian daripada kamu adalah pemimpin bagi sebahagian yang lainnya sebagai suatu kemuliaan yang Allah berikan kepada umat ini”.
Kedatangan Imam Mahdi adalah satu akidah yang mesti kita yakini. Tidak banyak penerangan yang dapat diberikan. Sekadar sedikit pengetahuan untuk perkongsian sesama kita.

SUMBER (Ustaz Zahazan Mohamed)

No comments:

Post a Comment

Total Pageviews